Waiting For The One Who Never Loved Me..!

Tuesday, December 28, 2010

♥ Buat Ibu Yang Tercinta ♥

Ibu,meskipun secarik calar terukir di ruang hatimu
meskipun mutiara jernih itu selalu mengalir di pipi gebumu
hanya kerana kenakalan dan kedegilanku
kau masih jua sedaya upaya mengukir segarit senyuman dalam ketabahan
kau tetap bersabar dan ikhlas melayan kerenahku
walaupun dirimu juga punya kesempitan waktu dan masalah dalam kerjayamu.
Ketabahan dan kesabaranmu itu selalu membuat aku tertipu bahawa 
sebenarnya segala bebanan di bahumu itu amat berat walaupun kau sering berkata,
"Tidak mengapa anakku. Hal ini cuma kecil sahaja."
Biarpun itu yang terluah dari bibir manismu,namun aku sendiri tahu
bahawa itu kau lakukan demi menjaga hatiku yang selalu membiarkan hatimu terluka.
Oh,ibu! Aku berasa amat terharu melihatmu berjuang dalam kehidupan demi keluarga kita.
Ibu,ketahuilah diri ini amat menyayangi dirimu.
Hanya Allah sahaja yang tahu betapa aku menyayangimu,selalu mengasihimu,
memerlukan dirimu dan terlalu ingin melindungimu sebagaimana kau telah berusaha keras
menjagaku sejak aku masih merah lagi. 
Terima kasih ibu,srikandi dunia dan akhirat.


No comments:

Post a Comment